DOKTOR TERBAIK - SISTEM IMUN YANG KUAT ?




SISTEM IMUN YANG LEMAH PUNCA MASALAH KESIHATAN

TAHUKAH anda, dalam badan kita ada sel tidak normal yang boleh menjadi kanser pada bila-bila masa, terutama apabila sistem imun mula merosot dan muncul pula faktor yang merangsang pertambahan sel berkenaan.

Bilangan sel tidak normal ini secara semula jadi akan bertambah dengan peningkatan umur. Ini sebabnya risiko mendapat kanser menjadi lebih tinggi apabila umur bertambah.
Kanser juga tidak memilih mangsa selagi badan individu berkenaan mempunyai persekitaran sesuai untuk pertambahan sel tidak normal.

Bagaimana badan kita boleh mempunyai sel tidak normal, tiada siapa tahu dan ia dianggap proses semula jadi. Bagaimanapun, pertambahan sel tidak normal yang boleh menyebabkan masalah kesihatan ini boleh dihalang dengan meningkatkan daya ketahanan badan (sistem imun).

Sistem imun boleh dianggap doktor peribadi yang ada dalam badan setiap orang secara semula jadi. Sistem imun yang sihat dan berfungsi pada tahap optimum boleh menangkis hampir semua masalah kesihatan.

Banyak masalah kesihatan yang berlaku sekarang disebabkan kemerosotan sistem pertahanan badan. Contoh paling biasa ialah demam dan selesema (akibat jangkitan bakteria atau virus) yang menandakan daya pertahanan badan kita mula merosot.
Secara semula jadi prestasi sistem imun merosot dengan peningkatan umur. Kemerosotan prestasi sistem imun kita juga dipengaruhi banyak faktor luaran dan ia berlaku tanpa disedari. Antaranya ialah:

1. MAKANAN — Kandungan bahan kimia dalam makanan dipercayai menjadi punca utama yang boleh melemahkan sistem imun manusia. Sehingga kini dianggarkan 75,000 jenis bahan kimia digunakan dalam industri makanan berbanding 40 tahun dulu. Penggunaan bahan kimia ini merangkumi semua fasa penghasilan makanan bermula dari ladang hingga ke kilang.
Memang kita disaran melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan iaitu sekurang-kurangnya lima hidangan sehari, tetapi adakah kita pasti ia benar-benar selamat? Saki baki racun serangga perosak tertinggal dalam sayur-sayuran atau buah-buahan dan masuk ke dalam badan jika ia tidak dicuci bersih atau dimasak sepenuhnya.
Ada penyelidik mengaitkan racun serangga perosak ini sebagai satu penyebab penyakit Parkinson yang boleh menjejaskan keseimbangan bahan kimia otak (dopamin) dan menyebabkan pesakit hilang keupayaan mengawal pergerakan anggota badannya.
Ia dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan individu yang suka makan sayur-sayuran mentah. Bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan teori ini.

“Selain pencemaran racun serangga, kita terdedah kepada penggunaan hormon yang disuntik kepada haiwan ternakan. Contoh paling mudah ialah ternakan seperti ayam. Suntikan hormon membolehkan seekor anak ayam membesar dalam masa sebulan dan sedia untuk dijual.
“Manakala ayam kampung yang dibela tanpa bantuan hormon mengambil masa antara dua hingga tiga bulan sebelum boleh dijual. Sebahagian disingkirkan melalui najis, tetapi ada saki baki tertinggal dalam badan ternakan,” katanya.

2. AIR — Kualiti air yang tidak menentu, termasuk mengandungi bahan tercemar, juga dianggap penyumbang kepada kemerosotan sistem imun badan. Walaupun bahan cemar ini boleh disingkir melalui sistem penapisan air (air selamat diminum terus tanpa perlu dimasak), bukan semua orang mampu memasang alat berkenaan di rumah mereka.

3. UDARA — Pencemaran udara, terutama daripada kenderaan, juga antara ancaman utama kepada kesihatan.

4. BAHAN KIMIA — Individu yang terdedah kepada bahan kimia setiap hari lebih berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan.

5. UBATAN — Masyarakat kini terlalu bergantung kepada penggunaan ubat untuk mengatasi gangguan kesihatan yang dialami. Mengambil terlalu banyak atau sedikit antibiotik (atau ketika antibiotik tidak diperlukan) boleh mendatangkan masalah pada sistem imun.
Penggunaan ubat secara tidak langsung memberi peluang sesetengah mikro organisma menjadi lebih berdaya tahan terhadap ubat.
Walaupun kita memang memerlukan ubat bagi merawat penyakit, kebergantungan terhadap ubat ini dapat dikurangkan jika mempunyai sistem imun yang baik.

6. RADIASI — Boleh dikatakan setiap hari kita terdedah kepada radiasi dari televisyen, komputer, ketuhar gelombang mikro, lapisan ozon dan terutama sekali telefon bimbit. Banyak kajian mendapati radiasi ini mampu menyebabkan penghasilan sel tidak normal.
“Apabila umur meningkat, bilangan sel tidak normal bertambah dan sistem imun pula merosot. Yang dibimbangkan ialah sel tidak normal ini boleh bertukar menjadi kanser. Sesetengah pakar onkologi Barat kini mula menggunakan terapi imun dan cuba mengurangkan kemo atau radioterapi kerana kedua-dua kaedah ini bukan saja membunuh sel kanser, tetapi turut memusnahkan sel sihat.

“Terapi imun merangsang antibodi yang bertindak sebagai sel pembunuh semula jadi (NKC) badan untuk memusnahkan sel tidak normal saja. Bagi pesakit kanser, paras NKC mereka rendah atau tidak aktif yang menyebabkan sel kanser mudah merebak.
Terapi imun adalah makanan tambahan yang mengandungi faktor pemindah dirumus daripada kolostrum susu lembu. Faktor pemindah yang membabitkan molekul halus ini mula ditemui dalam susu ibu dan didapati antibodi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan bayi.
Faktor pemindah daripada kolostrum boleh meningkatkan aktiviti NKC sehingga lebih 200 peratus berbanding sumber lain. Ini pasti berita baik bagi pesakit kanser kerana ia secara tidak langsung meningkatkan prestasi imun badan untuk melawan penyakit.
Makanan tambahan mengandungi faktor pemindah ini boleh diambil bersama ketika pesakit menjalani rawatan kerana ia juga merangsang keupayaan badan berinteraksi dengan ubat. Ia juga boleh diambil dengan pil makanan tambahan lain tanpa mendatangkan kesan sampingan dan sesuai bagi wanita mengandung atau menyusukan anak.
Ia bukan hanya untuk pesakit kanser, tetapi turut disarankan kepada pesakit lain kerana sistem imun yang baik dapat membantu mengawal dan melawan penyakit dengan lebih baik.
Bahkan ia juga disaran untuk semua golongan untuk mengekalkan kesihatan sehingga tua. Bagaimanapun, makanan tambahan mengandungi faktor pemindah ini tidak sesuai bagi individu yang pernah menjalani pembedahan pemindahan organ kerana ia boleh menyebabkan badan menolak organ baru dalam badan anda (yang dianggap bahan asing).
Selain itu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang, kerap bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, berhenti merokok dan tidak minum minuman beralkohol secara berlebihan. Lebih baik jika dapat memilih sayur-sayuran organik bagi mengelakkan masalah akibat racun serangga.

Setiap orang disarankan perlu menjalani ujian penanda kanser (melalui ujian darah) untuk mengesan kehadiran sel kanser pada peringkat awal.
Pada masa sama, belajar mengendalikan tekanan kerana tekanan yang tidak terkawal akan mempercepatkan kemerosotan sistem imun badan.


"Anda dipelawa hadir ke taklimat kesihatan percuma di E-EXCEL Malaysia pada setiap hari Rabu sepanjang tahun 2008. KLIK untuk hadir atau hubungi Hariz Haziq pada bila-bila masa: 012-2529 278 "

Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke: harizhaziq@gmail.com
Insya'allah anda pasti dilayan !

H&H

MAKANAN SEBAGAI PENYEMBUH - MESTI BACA !

SAKIT KEPALA ? MAKAN IKAN SECUKUPNYA !! - Minyak ikan dapat menolong mencegah sakit kepala. Begitu juga halia, secara tidak langsung dapat meredakan kesakitan dan keradangan.

DEMAM SELALU ? MAKAN YOGURT !! - Makan banyak yogurt dapat mempertahankan badan dari kerap diserang demam. Ambil juga madu tempatan secara harian.

MENCEGAH STROK ? MINUM TEH - Mencegah pengumpulan mendapan lemak pada dinding arteri hanya dengan amalan dos teh biasa. Teh hijau juga bagus untuk memperkasakan lagi sistem imun badan anda.

INSOMNIA (SUKAR TIDUR) ? MADU !! - Gunalah madu sebagai penenang dan sedatif.

LELAH ? MAKANLAH BAWANG !! - Memakan bawang dapat membantu menangani masalah penyempitan tiub bronkial. (Sewaktu kecil dahulu,ibu saya akan menyediakan pek bawang untuk dituamkan ke dada, bagi membantu masalah pernafasan dan sekaligus dapat bernafas dengan lebih baik.)

ARTRITIS ? MAKANLAH IKAN !! - Salmon, Tuna, Kembong (Mackerel Hindi) dan Sardin sebenarnya adalah pencegah artritis. Ikan sememangnya mengandungi minyak omega plus, baik untuk sistem imun kita.

PERUT MERAGAM ? PISANG - HALIA !! : Pisang dapat mengatasi perut yang meragam. Halia pula berupaya menghilangkan rasa loya.

JANGKITAN PUNDI KENCING ? MINUM JUS CRANBERRY !! - Kandungan asid yang tinggi mengawal bakteria yang memudaratkan.

TULANG YANG BERMASALAH ? MAKAN NENAS !! - Keretakan tulang dan osteoporosis boleh di hindari dengan manganese yang terkandung dalam nenas.

SINDROM PRA-HAID ?? MAKAN CORNFLAKES !! - Wanita boleh mencegah kesan dari PMS (Premenstrual Syndrome) dengan cornflakes, yang mana dapat meredakan kerunsingan, kemurungan dan kelesuan.

MASALAH INGATAN ? MAKANLAH TIRAM !! - Tiram mampu mempertingkatkan fungsi mental anda dengan membekalkan zink yang diperlukan oleh badan.

SELSEMA ? AMBIL BAWANG PUTIH !! - Ianya dapat menghilangkan kepala yang berat dan rasa tidak selesa.(Ingat !, Bawang putih juga dapat merendahkan kadar kolesterol)

BATUK ? GUNAKAN LADA MERAH !! - Memiliki unsur bahan yang hampir sama yang terkandung dalam ubat sirap batuk. Tapi awas, gunakan secara terkawal kerana ianya akan memedihkan perut anda.

BARAH PAYU DARA ? Makanlah gandum bijirin, bran dan sayur kubis. Ianya dapat membantu mengekalkan estrogen pada paras yang sihat.

BARAH PARU-PARU ? MAKANLAH SAYURAN YANG BERWARNA HIJAU GELAP, OREN DAN SAYURAN. !! - Kandungan Beta Carotina iaitu sejenis Vitamin A yang wujud pada sayuran yang berwarna hijau gelap dan oren menjadikanya sebagai penawar yang baik bagi penyakit barah paru-paru.

ULSER ? MAKAN JUGA KUBIS !!! - Kubis mengandungi bahan kimia yang merangsang bagi memulihkan penyakit gastrik dan ulser perut.

CIRIT-BIRIT ? MAKANLAH EPAL !! - Parutlah epal bersama kulitnya dan biarkan ianya berubah menjadi warna perang. Makanlah untuk merawat masalah tersebut. ( Pisang juga baik untuk mengubati masalah ini )

ARTERI YANG TERSUMBAT ? MAKAN AVOCADO !! - Lemak Mono Tak Tepu menolong merendahkan kolesterol.

TEKANAN DARAH TINGGI ? MAKAN CELERI DAN MINYAK ZAITUN !! - Minyak zaitun telah terbukti dapat merawat tekanan darah tinggi.Celeri pula mengandungi sejenis kimia yang dapat meredakan tekanan darah juga.

GULA DALAM DARAH YANG TAK SEIMBANG ? MAKANLAH BROKOLI DAN KEKACANG !! - Kandungan kromium dalam brokoli dan kekacang dapat membantu untuk melaraskan insulin dan gula darah.

KIWI : Kecil tapi luar-biasa !. Ianya adalah sumber yang baik bagi potassium, magnesium, Vitamin E dan serat. Kandungan Vitamin C nya adalah dua kali ganda berbanding oren.

EPAL : Anda tidak perlu jumpa doktor dengan sebiji epal sehari ? Walaupun epal mempunyai kandungan Vitamin C yang rendah, ianya bersifat anti-oksidan dan flavonoids (agen penentang kanser) dimana ianya memperkuatkan aktiviti Vitamin C. Justeru, ianya menolong merendahkan risiko barah usus, serangan jantung dan strok.

STRAWBERI: Strawberi mengandungi jumlah keseluruhan kuasa anti-oksidan tertinggi diantara kebanyakan buah-buahan.Ianya melindungi badan dari unsur penyebab barah, saluran darah tersumbat dan radikal bebas. (Sebenarnya, kesemua jenis beri adalah baik untuk anda...tinggi anti-oksidan sambil menjadikan anda lebih muda sentiasa dengan menghapuskan kesemua radikal bebas yang menyerang anda)

OREN : Ubat termanis. Mengambil 2 hingga 4 biji oren sehari dapat menjauhkan anda dari selsema, merendahkan kolesterol, mencegah dan menghancurkan batu karang dan juga mengurangkan risiko kanser usus.

TEMBIKAI: Penghilang dahaga yang terdiri dari 92 % air. Dimuatkan dengan kandungan dos glutathione yang berskala besar, ianya dapat menolong memperkasakan sistem immun. Disamping itu ianya adalah sumber lycopene - agen oksidan penentang kanser. Nutrien lain yang terdapat pada tembikai adalah Vitamin C dan Potassium.

BETIK DAN JAMBU BATU : Pemenang anugerah bagi kandungan Vitamin C yang tinggi. Jambu batu juga amat kaya dengan serat dimana ianya dapat menolong mencegah sembelit. Betik amat kaya dengan karotin - baik untuk mata dan juga bagus untuk mereka yang
menghadapi masalah pencernaan. Tomato pula baik untuk lelaki bagi menjaga dan melindungi masalah prostat dari menyerang badan.


SESUNGGUHNYA DOKTOR YANG TERBAIK ADALAH SISTEM IMMUN DIRI KITA SENDIRI. BAGAIMANAKAH UNTUK MEMPERKASAKAN SISTEM IMMUN KITA ?

"Anda dipelawa hadir ke taklimat kesihatan percuma di E-EXCEL Malaysia pada setiap hari Rabu sepanjang tahun 2008. KLIK untuk hadir atau hubungi Hariz Haziq pada bila-bila masa: 012-2529 278 "

Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke: harizhaziq@gmail.com
Insya'allah anda pasti dilayan !

H&H

PENYAKIT GOUT


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

Gout, kartun oleh James Gillray (1799). Penggambaran yang amat jelas mengenai bengkak dan sakit keterlaluan yang merupakan gejala-gejala penyakit ini. Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

DIAGNOSIS

Gout pada sendi jari kaki. Diagnosis biasa dilaksanakan melalui dasar klinikal, walaupun ujian-ujian diperlukan untuk mengesahkan penyakit.
Hiperurisemia merupakan ciri yang biasa; bagaimanapun, aras urat tidak selalunya tinggi (Sturrock 2000). Hiperurisemia ditakrifkan sebagai kandungan plasma urat (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL) untuk lelaki, dan sekitar 380 μmol/L bagi perempuan. Selain itu, aras urat juga akan jatuh ke dalam julat normal bagi dua pertiga daripada semua kes (Siva et al 2003). Jika gout dicurigai, urat serum harus diulangi sebaik sahaja serangan telah reda. Ujian-ujian darah yang lain yang biasa dilakukan termasuk kiraan darah lengkap, elektrolit, fungsi renal, dan kadar pemendapan eritrosit (ESR). Kesemua ini bertindak untuk menidakkan sebab-sebab yang lain, khususnya artrisis sepsis.

Diagnosis muktamad bagi gout ialah melalui mikroskopi cahaya bagi bendalir sendi yang disedut dari sendi (ujian ini mungkin susah untuk dilaksanakan) untuk menunjukkan hablur-hablur urat monosodium intrasel di dalam leukosit polimorfonukleus bendalir sinovia. Hablur urat dikenal pasti melalui dwirefringens di bawah mikroskopi terkutub, serta morfologi bak jarumnya. Seseorang pemerhati yang terlatih boleh membezakannya daripada hablur-hablur yang lain.

PERINGKAT GOUT

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:asimptomatik akut interkritikal kronik. Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang
teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit
gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Cadangan untuk melegakan kesakitan.
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

PENCEGAHAN

Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan
ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

RAWATAN

Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.

Pada suatu ketika, kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam
pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus. NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout. Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan, tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara. Untuk jangka panjang, rawatan perubatan profesional diperlukan.
Rawatan Tradisional
1.)Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2.)Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

Pembedahan
Untuk kes-kes gout yang keterlaluan, pembedahan mungkin diperlukan untuk menghapuskan tofus yang besar serta untuk membetulkan kecacatan sendi.
"Anda dipelawa hadir ke taklimat kesihatan percuma di E-EXCEL Malaysia pada setiap hari Rabu sepanjang tahun 2008. KLIK untuk hadir atau hubungi Hariz Haziq pada bila-bila masa: 012-2529 278 "
Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke:
harizhaziq@gmail.com Insya'allah anda pasti dilayan !
H&H

KANSER - ADAKAH PETANDA INI WUJUD PADA ANDA ?



1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Alkohol (3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

TEH DAN KELEBIHAN

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser . Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
Mangga boleh mengelakkan kanser.Mangga mungkin terlalu erat dengan lidah kita. Oleh kerana eratnya, kita mungkin tidak tahu bahawa dalam isinya yang kuning dan merah, itu terkandung zat-zat luar biasa yang boleh menjadi penawar kepada kanser dan strok. Selain itu, mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan Malaysia .

MANGGA - KELEBIHANYA

Mangga juga merupakan sumber beta-karotin, kalsium dan vitamin C. Beta-karotin adalah zat di dalam tubuh yang akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karotin (dan vitamin C) juga tergolong dalam anti-oksida, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanser kerana dapat meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh pelbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok dan pengaruh-pengaruh persekitaran lain.
Zat-zat gizi anti-oksida, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesihatan pembuluh-pembuluh darah, kesihatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menggelakkan produksi natrosamin iaitu satu zat pemicu kanser.

TAUFU DAN SOYA

Ramai yang tidak tahu bahawa taufu dan soya merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi.Serat yang terdapat di dalam taufu dan soya sebenarnya mampu melawan penyakit kanser yang selalu menghantui diri setiap wanita yang berusia.Wanita jepun misalnya, dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payu dara kerana mereka kerap mengambil makanan dari sumber kacang soya. Ramai wanita hari ini mengemari susu kacang soya dan sebenarnya pengambilan susu kacang soya ini dapat mengurangkan risiko serta mambantutkan perkembangan kanser sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak gemarkannya.
*petikan dari majalah MIDI

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Kesan awal kanser prostat boleh menyelamatkan nyawa anda, maka kerap melakukan pemeriksaan perubatan dan lebihkan pemakanan sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai zat fiber yang tinggi.Selain itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya serta, bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.


"Anda dipelawa hadir ke taklimat kesihatan percuma di E-EXCEL Malaysia pada setiap hari Rabu sepanjang tahun 2008. KLIK untuk hadir atau hubungi Hariz Haziq pada bila-bila masa: 012-2529 278 "

Sebarang pertanyaan, sila e-mail ke: harizhaziq@gmail.com
Insya'allah anda pasti dilayan !

MAKANAN YANG DISYORKAN UNTUK PENGHIDAP KANSER (sila klik !)



H&H